Sunday, September 19, 2010

Jalan-jalan Cari Makan @ Bandung

Pisang Bolen yang famous dari Kartika Sari

Pilihan breakfast di Hotel - Roti Sosej Keju

Btrakfast di Hotel Ardelia - Bubur Ayam

Minuman di Kampung Daun, Ice Selasih dan Ice Sirap Bandung.

Cendol Kampung Daun

Gado-gado Kampung Daun

Pisang Kukus Keju Kampung Daun

Nasi Timbel Kampung Daun

Nasi Timbel Kampung Daun

Nasi goreng kampung Kampung Daun

Nasi Uduk Ayam Penyet

Strawberry Juice di Strawberry Park


Pilihan breakfast di hotel - Nasi goreng

Spaghetti Ayam di KFC

Pilihan dessert di KFC... hanya RM2.50
24Hrs KFC set meal with rice
Set nasi ikan gurame Pak Cik Met.. classssss


Es Durian di Pasar Baru Food Court

Jagung Bakar... enak bangat pelbagai perisa cheese pedas, cheese manis
coklat, strawberri dll.

Nasi padang di Simpang Raya

Borong brownies di Kartika Sari

Fav all the time = strawberry juice dan alpokat

Otak2 ... sama seperti di melaka tapi bewarna putih

Day 1
Percutian 5H/4M antara Watee, mak, abah, kaklong, bg muzz dan Adam. Watee pergi single je la. Nak bawak anak2 rasanya tempat dan tujuan tak berapa nak menepati agenda. Memang dijangkakan pergi ke Bandung ni tak sesuai pun nak bawak anak2 kecil.
Sebulan menanti tarikhnya, akhirnya hari yuang dinanti tiba. Watee banyak surfing cari info dan tips pasal Bandung sebulan lebih awal. Memang berguna.
Hari Jumaat 21/5/2010, flight ke Bandung di jadualkan pada jam 8.30 malam. Hari tu Watee bekerja seperti biasa dan mendapat kelonggaran pulang sejam lebih awal. Tepat jam 5 kami bertolak dari Sungai Udang ke LCCT, perjalan yg menggammbil masa selama 2 jam melalui jalan lama. Pukul 7 tepat tiba di LCCT. Kami terus check in masuk. Sebak masa tu nak tinggal anak dan suami. Tapi pikirkan pergi pun cuma 5 hari, Watee keraskan juga hati.
Nasib tak baik flight kami delay sejam lewat. Aduh!!! bosan menanti walaupun hanya sejam, mujur flight malam, spi Bandung pun malam tujuan tiada lain hanya check-in hotel dan tidur.
Tepat jam 9.30 malam kami berlepas. Selepas 2 jam kemudiannya, sepatutnya tiba waktu mendarat tapi flight masih berlegar2 di ruang udara Bandung. Tak boleh nak mendarat sebab hujan lebat. 1/2 jam berlegar2 tu. Cuak memang cuak dan akhirnya kami berjaya juga mendarat dengan selamat.
Lapangan Terbang ni milik tentera. Kawalan sedikit ketat. Dengan kawasan yang sempit agak bersesak2 sedikit menunggu giliran pemeriksaan kastam dan imegresen.
Kami dijemput oleh supir yang kami tempah dari Iwan Travel, Uyan. Menaiki Suzuki APV kami terus cari makan dulu. Memandangkan jam sudah hampir ke pukul 12 malam, kedai apa sajalan yang bukak masatu, jadi kami pilih KFC. Mujur 24 jam. Tapau jela dah masing2 letih. KFC rasa dia sama saja cuma set dia berlainan sikit dari kita. Tiada kentang goreng, whipped potato, coleslow tapi diberi pilihan nasi putih, sup ayam dll. Pelik jugakla sebab tak biasa. Perbandingan harga sama jugak dengan yang di Malaysia.
Lepas tapau serba sedikit kami terus check-in Hotel Ardellian, sebuah hotel yang comel, baru dan bersih di . Kami cuma ambil 2 bilik. Satu bilik Standard A, memuatkan katil Queen semalam RM80 untuk Kaklong, Bg Muzz dan Adam manakala untuk Watee, Mak dan Abah kami sewa bilik Standard B memuatkan sebuah katil king berharga RM88 semalam.
Kerana letih dan tak sabar nak mulakan aktiviti pertama kami besoknya, tiada pilihan lain melainkan tidur

Day 2
Seawal jam 8 pagi (Waktu Malaysia) kami dah ready untuk bersarapan di hotel. Hanya diberi 2 pilihan makanan samada nasi goreng atau roti cheese sosej. Kami pilih nasi goreng. Disebabkan jam di Bandung lewat sejam dari di Malaysia jadi kami takdela tergesa2 dan relax menanti ketibaan si Uyan untuk memulakan acara.

Tepat jam 8 pagi watu Bandung, kami bertolak ke Tangkuban Perahu. Mengambil masa selama satu jam untuk sampai ke destinasi. Perjalanan yang  menyeronokan, tidak seperti perjalanan ke Cameron yg agak mmbosankan dikelilingi dgn hutan belantara, di Bandung kawasan lereng gunung penuh dengan penempatan. Dapat dilihat gaya dan cara hidup mereka di sana. Kawasan perumahan di Bandung ni rata2 bercampuk adun dan kurang tersusun. Bercampur antara rumah mewah dan rumah kampung dan berpenduduk padat.
Tiket ke puncak dikenakan sebanyak RP30,000 ie RM12. Keindahan yang cukup mempersonakan. Taksub dengan alam ciptaan Tuhan. Gerun dengan kuasanya. Itula yg dapat Watee gambarkan dgn keadaan di puncak gunung ni. Damai dan nyaman suasana. Tapi yg menyesakkan disini adalah penjaja2 jalanan yg mengekor ke mana kami pergi menunjuk hasil jualan memujuk dan sampai memaksa kita membeli. Mmm kena pandai2la nak mengelak. Kalau nak beli boleh tapi make sure minta kurang separuh dari harga yang ditawarkan. Sebab harga yang derang beri kadang2 melampau mahalnya. Pandaila derang tu nak ketuk pelancongkan. Dan pandaila kita nak menawar ikut kualiti sesuatu barang tu. Watee sempat jugak membeli 2 pek strawberri dan blueberri yang dijual mereka. Mulanya harga yang diberi ialah RP100,000 untuk 2 pek buah tu. Kurang punya kurang akhirnya dapat RP10,000 je untuk 2 2 buah tu. Murahkan.. tersangatla murah hingga fikir macam tak masuk akal la pulak. Kalau kat Malaysia satu pek tu RM20 dan blueberri tu tak payah nak cakapla, lagila mahal harga dia.
Sejam kami dipuncak, selepas itu kami bertolak ke satu ladang strawberri di lereng gunung dalam perjalanan turun. Bayaran masuk dikenakan sebanyak RP5,000 dan diberi jus strawberri percuma. Di ladang ni bolehla kalau nak petik strawberri dan timbang berapa banyak yang kita petik. Takde special mana pun tempat ni, sama je macam di Cameroon Highlands.
Lunch, kami ke Kampung Daun. Satu perkampungan restoran yg nyaman, damai, tenang, indah dan macam2 lagila yang seumpamanya. Kawasan ni ala resort, menyediakan kemah2 kecil untuk menjamu selera dengan deruan air terjun, mmg sesiapa yg lapar makan tak ingatla. Makanan dia nak dinilai tidakla sehebat mana, tapi suasana kawasannya tu yg tip top. Harga sedikit mahal dan rasanya2 berbaloi jugakla dengan persekitaran yang menarik dan yang penting kebersihan terjaga. Antara pilihan kami ialah Nasi Timbel, Nasi Uduk, Nasi Goreng Kampung, Pisang Goreng Cheese dan minuman. Total makan tengahari kami haritu ialah RP250,000 (RM91) untuk 6 orang makan.
Lepas lunch kami bertolak ke bandar. Destinasi pertama adalah ke TOKO TIGA. Tempat menjual pelbagai jeans original dan Watee sempat rembat 2 helai jeans Levis dengan harga RP458,000 (RM 167). Selepas itu kami dibawa ke Rumah Tas dan Terminal Tas. Memang tak berhajat nak membeli handbag, kebanyakannya berharga dalam RP275,000 (RM100) ke atas. Watee tak minat sangat nak membeli sebab bukan ori. Pelbagai designer brand ada tapi semua imitation grad A. Design pun terlalu complicated sangat. Dari habis 2 300 untuk satu handbag yg bukan ori, baik spend kat Sogo untuk satu beg ori tak kisah jenama Bonia sekalipun. Janji ori kan.
Habis membelek beg, kami dibawa ke RUMAH RIAU, Factory Outlet pertama kami kunjungi. Tak membeli apa pun cuma membelek serba sedikit. Lepas tu kami ke GRANDE. Dan masu tu jugala hujan turun dengan mencurah2. Lebat selebat-lebatnya. Masuk GRANDE terus cari baju2 yang dipesan Nur dan Aton dulu, baru cari baju anak2 serba sedikit. Masih control nafsu lagi.Nak budget cari tempat lain lagi. Jam 6 petang, settle bab GRANDE, hujan masih belum reda. Cascade terletak di simpang Jalan Riau. Ada banyak lagi Factory Outlet yang berhampiran seperti SUMMIT, STAMP dan lain2 lagi. Klu tak hujan boleh je nak berjalan pergi, tapi memandangkan hujang menggila di tambah dengan jem dan leceh nak drive menempuh jem hanya untuk ke FO seberang jalan kami mengambil keputusan untuk ke RUMAH MODE.

Di sinila segala kegilaan bermula. Memilih yang tercantik untuk anak2 dan bli jugak pesanan Nur dan Aton Watee habis RP1,500,000 (RM550). Kompleks RUMAH MODE ni amat menarik dengan hiasan landskap, banyak cafe2 santai dan pilihan pakaian yang menarik buat masa berlalu begitu pantas. Sementara Watee sibuk membeli kat dalam tu, yang lain lepak di taman sambil menghirup udara segar.

Selepas tu, Yan, supir bawa kami ke Restoran Saripawon. Kami order Ikan Gurame bakar, sup tulang, petai bakar dan ulam-ulaman, minuman dan satu set nasi timbel. Bayaran yang dikenakan RP230,000 (RM83) untuk 7 orang makan.

Lepas makan kami terus pulang ke bilik walaupun malam masih awal, disebabkan Bandar Bandung ni kesemua kedai, mall dan FO tutup seawal jam 8 malam tiada aktiviti lain melainkan memerap kat bilik hotel.

No comments:

Post a Comment