Monday, May 31, 2010

Dry Curry Chicken Northern Style


Resepi dari dapur Jacklyn Victor dlm program Citarasa Calebrity - Shiela Rusli. Watee suka layan program ni masa tak kerja dulu. Selalu bersiaran di bulan puasa je, dan Jumaat aritu cuti secara tak sengaja terbukan siaran RTM1 hah dapat jgkla melayan cita yg dah bertahun Watee tak layan. Syok tengok gelagat artis masak dan resepi pun lain dari yg lain. Tgk program ni dgn Irfan dan Ikhwan. Nmpkla terliurnya derang nengokkan cite tu. Besoknya Irfan request minta masak ayam ni.. Alamak!! resepi tak salinla.. Watee tibai jela resepi sendiri.. buat adunan rempah sendiri dan Surprise!!!!!! jadi dan sedap kari Watee ni.. Hebatnya aku adun rempah kari sendiri (KONON) tanpa bantuan sesiapa ok.. main ikut kreatif sendiri je.. jadi kira hebatla kan.. (hehehe.. prasan jap).. sapu bersih licin masa tu jugak.. tula buktinya resepi kari rempah adunan Watee sendiri menjadi..
Bahan2
10 ulas cili kering direndam
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inchi halia
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
3 kuntum bunga lawang
3 kuntuk bunga cengkih
1 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
kisar kesemua bahan di atas hingga hancur
2 ulas bawang putih dimayang
2 biji bawang merah dimayang
1 sudu teh biji sawi
1 ketul kayu manis
3 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
- tumis kesemua bahan di atas, hingga naik bau, masukkan bahan kisar tadi dan biar sampai rempah masak.
1/2 kilo ayam potong kecil
2 biji kentang
2 biji tomato
1 biji bawang besar digoreng terlebih dahulu
1 cawan yogurt
Garam dan gula
Bila rempah garing masukkan kentang, ayam dan biar spi empuk. Jika terlalu pekat masukkan sedikit air. Akhir sekali masukkan yogurt dan tomato dan perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga kuah pekat.

No comments:

Post a Comment