Sunday, April 4, 2010

Karipap Sardin


Kami suka makan karipap.. tapi Watee tak tau nak klim tepi karipap tu. Nak buat inti dan pastri dia ok, Watee ble buat. Nasib baik Mr Hubby boleh tahan jugakla hebat bab klim karipap ni. Bukan setakat pandai klim karipap, anyam ketupat pulut/palas pun dia terror jgk. Terbalik Watee pulak tak reti. Bukan taknak belajar tapi tak menjadi2.
Jadi petang tadi kami turun ke dapur secara duet menyiapkan hidangan untuk minum petang..
Bahan-bahan
Untuk pastri
500gm tepung
1 sudu teh garam
50gm butter lembut
- Gaul sebati ketiga2 bahan
190ml air
- Canai tepung sehingga menjadi doh
Untuk inti
5 tangkai cili kering - kisar
1 cawan air
1 biji bawang besar
1 biji kentang - potong dadu
1 tin sardin
- Tumis cili kering hingga garing, masukkan air dan kentang dan masak hingga empuk.
Bila kentang empuk masukkan bawang dan sardin. Pecah2kan isi sardin dgn sudip dan masak
hingga kuah kering.

No comments:

Post a Comment