Wednesday, February 17, 2010

Fatimah & Co Family Day 2010









Ahad 14/2/2010, kami ke KL untuk acara gathering dgn family in law. Semua adik beradik berkumpul di rumah keluarga mertua di AU5, Keramat. Acara kami bermula dgn rombongan ke Zoo Negara. Bila bawak anak2 derang jela yg sukakan. Berlari sana sini.. anyway enjoy jgk sebab dah lama tak melawat zoo ni. Lunch kami ke KFC di Wangsa Maju dan lepas tu berkumpul reramai di rumah untuk acara indoor. Kami main a few game yg simple dan yg bestnya siap ada hadiah utk pemenang dan acara cabutan bertuah lagi. Antara game yg kami jayakan haritu ialah :-


Kategori Kanak2 - Mewarna (Pemenang Irfan)

Bercerita/Bakat (Ikhwan tempat ke2.. shuffle)

Pecah Belon

Kategori Remaja - Pictureka (Cari gambar tersembunyi dlm game board)

Kategori dewasa - Batu seremban dan Hollahoop


Game dia simple je.. yela sesuaikan nak main dalam rumah. Yg seronoknye main batu serembanla. punyala lama tak main spi dah xde skill. Gelak je lebih. Susah rupanya nak main hollahoop tu, nmpk je senang. Berpeluh jgkla nak dapat 10 saat pun. Untuk acara cabutan bertuah kami cuma dpt tempat ke 3. Okla ada jgk barang nak buat bekalan ke Pantai Timur nnt (kmi gi bercuti lepas family day tu). Mr Hubby dpt hadiah birthday masa tu. Dia dapat silk tie dari kakak no 2.


Sebelah malamnye kami serang Kunang2 pulak. Garden Restaurant kat sebelah MMR2, selepas Taman Melati sebelum susur ke Pantai timur/Genting. Tempat yg cozy santai utk makan2. Kebanyakan dari kami order western dan range harga dlm RM19.90 ke atas untuk sepinggan hidangan western. Boleh tahan.. ramai yang order lamb chop (RM29.90) dan salmon grill (tak ingat harga).

Apa2 pun kmi gembira dgn acara hari tu dan segala perbelanjaan hari tu disponsored penuh oleh Kak Ros. (Kakak Sulong) Thanx kak!!

No comments:

Post a Comment