Thursday, January 21, 2010

Otak2 Dan Satar Kemaman


Hari Isnin hari tu, Mr Hubby kena pergi outstation ke Gebeng, Kuantan dan Kerteh. Nasibla dia pergi sehari (balik hari tu, macam dekat je kan). Kluar rumah selepas Subuh dan balik sampai di rumah pukul 11.30 malam. Sempat jugakla dia singgah kat Kemaman untuk menikmati otak2 dan satar ni. Yela kat situ kat famous dengan 2 jenis makanan ni. Memang best. Watee dah lama tak pergi makan kat situ. Cuma dapat merasa bila Mr Hubby tapaukan untuk kami sama. Thanx sebab ingat jugak dia kat Watee. Satar ni memang best, terasa lemak kelapa dan dia bukan macam kebanyakan satar yg kita jumpa jual kat tempat lain selain Kemaman yg memang pakai hampas kelapala. Tawar je rasa dia. Dan otak2 pulak lain sangat dari yg ada kat Melaka ni. Klu kat sini dia blend semua bahan termasuk isi ikan sekali, tapi yg made in Kemaman ni mmg pakai isi ikan betul. Isi ikan tenggiri.. dah jadi macam paisla... apa2pun Watee suka... kalau makan kat sana lagi suka.. hai bilala nak merasa pergi kat sana lagini...

No comments:

Post a Comment