Monday, January 11, 2010

Masak Tempoyak Ikan Patin


Ha... ni pun antara menu yg menjadi kegemaran Watee.. nak-nak bila hirup kuah dia.. fuh terangkat!! Yang menjadi rumit ikan ni masa nak diproses nak membasuhnya. Kena cuci bersih2 dengan limau dan asam jawa. Nasib Watee baikla sebab setakat ni belum lagi terasa akan kehanyiran ikan sungai ni lagi.
Bahan2
1 ekor ikan patin
3 cawan air
2 tangkai serai dititik
2 keping asam keping
2 sudu makan tempoyak
3 biji cili kering )
1 biji bawang besar ) dikisar
1 inci kunyit hidup )
Timun dan tomato
Garam dan gula
Cara2
Masukkan kesemua bahan di dalam periuk kecuali ikan. Bila sudah mendidih baru di masukkan ikan, dan kacau selalu hingga ikan masak.

1 comment:

  1. nk buatlah...tp klu org buat kan lg bestt!! kita tingge makan jew..hehe..nk2 lg ikan patin..mmg x daya den nk handle..

    ReplyDelete