Disebabkan banyak kerja nak kena urus (membasuh, mengemas dll) selepas bercuti 3H/2M ke Segamat tu, Watee masak yang simple je, Chicken Lasagna untuk makan malam.
Chicken Lasagna
Sos tomato
Dada ayam
Bawang putih dan bawang merah
Cendawan butang
Tomato
(semua bahan di potong dadu)
Sayur campur
1 Tin Sos Preego (cendawan, tin hijau)
Oregano
Tumis bawang hingga naik bau
masukkan ayam. Bila ayam separuh masak
masukkan kesemua bahan dan masak hingga sos menjadi kering.
Sos putih
5 sm butter
250ml susu segar
4 sudu besar tepung gandum
4 keping cheese cheddar
Masak kesemua bahan hingga butter dan cheese cair..
didalam bekas berasingan susun kepingan pasta yang sudah direbus dan letakan sos tomato yang siap dimasak. buat berselang seli dan dilapisan atas sekali, susun cheese cheddar dan tutup lapisan dengan sos putih. Bakar hingga kekuning2an dan taburkan serbuk paprika dan oregano ke atasnya.
No comments:
Post a Comment