Tuesday, November 24, 2009

Shepherd Pie



Harini teringin nak makan yang simple je. Masa tengah bakar pie ni, Ikhwan membebel kenapa Watee tak masak nasi.. tapi bila dah siap diala yang makan paling banyak!!!

BAHAN INTI
250 g daging cincang
100 g cendawan butang
2 cawan mix vege
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 helai bay leaf
4 camca besar mushroom sup dalam tin
2 camca besar mentega
1 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar hirisan daun parsley
1 cawan air
Sedikit garam

BAHAN KENTANG PUTAR
8 biji kentang
2 camca besar mentega
3/4 cawan susu cair
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1/2 camca teh garam
1 camca besar hirisan daun parsley

BAHAN LAIN
Parutan keju mozarella secukupnya
Daun parsley untuk hiasan

Cara2

UNTUK KENTANG PUTAR :-
Kupas kentang, potong kecil dan rebus hingga kentang betul2 empuk, lecek hingga halus semasa kentang panas. Ketepikan. Panaskan mentega dalam kuali, masukkan kentang dan susu, kacau hingga sebati. Tambah serbuk lada hitan dan sedikit garam, kacau hingga pekat. Matikan api dan masukkan hirisan parsley dan gaul rata.
UNTUK INTI :-
Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang besar, bay leaf dan bawang putih hingga layu, masukkan daging cincang, kacau rata. Masukkan sup cendawan dan air, kacau rata. Bila hampir pekat, masukkan cendawan, sayur campur, serbuk lada hitam dan parsley, kacau lagi dan masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah garam. Matikan api dan ketepikan.
UNTUK SHEPHERD PIE :-
Lenser bekas tahan panas dengan sedikit mentega. Isikan dasar bekas dengan kentang putar, ratakan dan tarukkan inti di atas kentang putar. Tutup permukaannya dengan kentang putar lagi sehingga rata. Taburkan sedikit parutan keju mozarella, buat hingga siap dan bakar dalam oven pada suhu 200C selama 20 - 25 minit atau hingga permukaannya perang keemasan.