Thursday, December 1, 2011

Day 6 - Bukchon Hanok Village, Myeongdong, Namdaemun

Bukchon Hanok Village

Keliru samada nak ke Namsangol or Bukchon, akhirnye sampai jgk ke Bukchon. Just residence area yg masih mengekalkan ciri2 tradisional. Jomla layan gambar sebab memang xde apa pun nak diceritakan disini. Tu pun kena paksa dengan En Hubby utk bergambar. Nasib kulayan sebab hasil gambar kat sini pun agak menarik juga. Kawasan ni nampak mcm kawasan elite jgk la..



maybe pakaian tradisi mereka



nice pic. love it!! kalau la orang belakang tu xde..


depan rumah orang je





byk workshop kat sini.. mcm2



















sempoiiii
 







minah2 salleh yg nmpk teruja bergambar








Myeongdong

Selepas Bukchon, kami menaiki subway ke Myeongdong. Keluar dari subway je, punya la ramai manusia membanjiri kawasan tu. Tambah2 bila aku nampak sikit punya panjang orang berbaris nak masuk dalam Uniqlo. Sebab ada sale je gitu sekali orang nak masuk membeli. Orang2 korea ni sanggup berhabis untuk nampak uptodate dan stylo. Apa yg aku tau derang mmg begitu menjaga penampilan diri. Dari berpakaian sampai ke gadget2 yg dimiliki, klu difikirkan tak semuanye berkemampuan. Tapi disebabkan nak ikut arus kehidupan dan ikut kata hati yg tak mampu pun sanggup nak memiliki benda2 yg mana diri sendiri tak mampu. Beli itu ini bila time dapat gaji mulalah susah hati nak bayar itu ini. Jadinya sebab itulah statistic bunuh diri kat korea ni tinggi. Dalam sehari ada lebih kurang 40 orang bunuh diri kat kota besar tu. Dan lagi yang aku dapat tau, kebanyakan ibu bapa menabung untuk masa depan mereka. Tapi menabung bukan cara kita. Orang kita menabung untuk pelajaran anak2, tapi orang2 korea ni menabung untuk mana anak2 yg kurang cantik, duit tu boleh digunakan untuk membuat pembedahan plastic. Pelikkan.. tapi percayalah hampir kesemua klinik kat bandaraya seoul tu ada menawarkan perkhidmatan mcm ni pada mereka yg memerlukan. Obses gila dengan kecantikan!!. So korang rasa artis2 k-pop yg mana cantik2 tu, kecantikan mereka kecantikan asli ke? whawhawha sila tonton 200 Pounds Beauty. macam tu la obsesnye mereka. Bukan setakat perempuan lelaki pun sama.



berduyun manusia menyerbu Uniqlo
 




motif???


besides.. derang pun obses berpiket
mmg orang korea ni jiwang le.. jiwang karat
suka ikut kata hati


myeongdong ni heaven
tapi pening nak pikir mana tempat nak tuju
semua nampak menarik


entah kenapa ramai polis masa ni
maybe pasal orang berpiket tadi kot



masa ni la angin kuat meniup..
macam ribut
sejukkkkkk


anginnnnnn


gerak gerak jalan kaki ke Namdaemun
kerusi biru tu terpelanting jauh masa ribut tadi


singgah Shinsegae






tempting!! mahal yg amat



Shinsagae tu bukan la tempat kita.. class gila tempat tu. mmg tempat orang2 kaya korea je..
aku masuk pun sebab cari tandas je haaa..
hahahaha xheran la aku, tempat orang kaya korea shopping tempat aku membuang je.. hohohooh

NAMDAEMUN

hah jom pergi tempat kita Namdaemun
macam2 ada lebih kurang Chow Kit jgk la



mujur terjumpa kedai kebab halal




sedap jugak!! lapar kot


xpernah rasa rock malon semanis ini


korea ginseng


beli apron 3.. untuk kakak, adik dan aku
3 - 18,000 won RM54
kira satu RM18 ringgit la


I beli handbag je kat sini. nak masuk xboleh masuk ramai2
ikut turn one by one. 1st class layanan.. lol!!


makan hati masuk dalam tu!!!



Puas menjelajah selusuk Namdaemun dan repeat lagi Myeongdong untuk kali terakhir.. (sob sob sob) aku dan hubby ambil teksi balik rumah.. wahhh dah tak main dah subway!!!


view dari balcony apartment


ini macam punya view
makan memanjang selera


Balik agak awal haritu. Pukul 6 petang dah sampai rumah. Tapi dalam pukul 10 malam aku dan en hubby keluar lagi. Just ronda2 kawasan Hannam untuk malam terakhir. Dan malam tula malam paling sejuk pernah aku rasa kat Seoul. Dah below 10 masa tu. Boleh lagi aku dan En Hubby minum coffee ice dan makan ice cream Haagen Dazs. Untuk menambahkan lagi ketar gigil dek sejuk. Sempat jugakla shopping sikit2 kat 7 Eleven masa tu.. hahaha container garam pun aku nak beli. Unik sebab 3 dlm 1. Garam, paprika dan pepper. Balik ke rumah kami melalui depan hotel, just menjengah je tengok brapa room rate dia, sekali orang hotel tu keluar tnye samada kami nak sewa  bilik ke tak.. hwahwahwa mesti dia pikir lain tu. Kitorang laki bini la ahjuma.. bukan orang belum kawin cari bilik. Nak tergelak pun ada.. Apa2 pun aku mula sayu, bila kenangkan besok dah nak balikkkk.. huhuhuhu



1st time dapat lepak2 tengok tv
dah tu hari2 lain berjalan sampai lewat malam


start nak keluar cari pasal




sengetkan je la kepala korang
gambar ni degil xmo rotate


sejuk sangat2...


bungkus punya bungkus
naik kebas pipi dek sejuk yg melampau



1 comment:

  1. salam. seronoknya nak pergi jalan2 akma. skrg ni xbrapa sejukkan kat sana. selamat bercuti yee...

    ReplyDelete